Sunday 11 December 2011

INFO UPSR (Teknik menjawab soalan bahagian A Penulisan )

Pengenalan
Membina ayat.

1. Diberi ransangan gambar tunggal, bersiri, peta minda, graf, jadual atau carta.
2. Bina 5 ayat berpandukan ransangan diberi dan pindahkan maklumat dalam bentuk ayat.
3. Masa diberi 15 minit.
4. 10 markah.

Tips skor A
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Pastikan kehendak soalan, aktiviti, situasi atau secara umum.
3. Bina 5 ayat lengkap dan gramatis serta ayat majmuk.
4. Gunakan kata hubung yang sesuai dan betul.
5. Ayat aktiviti/situasi mestilah berbeza-beza dan tiada pengulangan.
6. Tidak mengandungi kesalahan penggunaan kata, ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
7. Boleh menggunakan watak/tempat.
8. Seimbangkan ayat bagi gambar bersiri.
9. Jumlah perkataan antara 9-12 patah perkataan.

Contoh:
Aminah sedang memotong sebiji timun dengan sebilah pisau di atas papan pemotong.
Aminah sedang memotong sebiji timun dengan sebilah pisau yang tajam.(ayat tersirat)

FORMULAR AYAT:

SIAPA ~ subjek yang melakukan.
APA ~ aktiviti/situasi cerita.
DI MANA ~tempat aktiviti/situasi/cerita.
BILA ~ waktu/masa/hari.
KENAPA/MENGAPA ~sebab/kerana.
BAGAIMANA ~ cara.

Gambar berpusat
Formular ayat:
1. …..boleh digunakan untuk menghasilkan …..bagi…..
2. …..boleh digunakan untuk menghasilkan …..yang ….
3. …..boleh digunakan untuk dimasak…..
4. …..boleh digunakan untuk diperbuat….
5. …..boleh digunakan untuk dijadikan ….

Contoh jawapan gambar berpusat ( susu getah )
1. Pokok getah menghasilkan susu getah yang mempunyai banyak kegunaannya.
2. Susu getah boleh diproses untuk dijadikan sarung tangan bagi kegunaan pekerja di kilang.
3. Susu getah juga diproses untuk dibuat bola sebagai alat mainan kepada manusia.
4. Susu getah juga diproses untuk menghasilkan tayar kenderaan yang bermutu tinggi.
5. Tapak kasut yang selesa juga diperbuat daripada susu getah.

1 comment: