Tuesday 20 December 2011

KISAH HIKAYAT 3 (Gagak yang Bijak)

KISAH HIKAYAT 2 (Budi Baik Dibalas Baik)

KISAH HIKAYAT 1 (ARNAB YANG SOMBONG)

Dulu masa zaman kanak-kanak, saya suka menonton rancangan kartun kanak-kanak berkisarkan hikayat. Rancangan kartun yang dipaparkan di RTM sekitar tahun 80-90an pada ketika itu amat menarik minat saya. Ianya bukan sekadar rancangan kartun biasa, tetapi sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni. Untuk menarik minat kanak-kanak seusia saya pada ketika itu, penggunaan haiwan digunakan bagi menjadikan jalan cerita itu lebih mudah difahami oleh kanak-kanak. sayang sekali pada ketika ini, rancangan kartun tersebut tidak lagi disiarkan. Mujurlah ada inisiatif lain seperti laman Youtube yang membolehkan rancangan ini ditonton oleh generasi baru.

Tuesday 13 December 2011

SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA-SAMA


Petua Seorang Guru

Kalau Seorang Guru Mengajar Sambil Duduk,
Murid Belajar Sambil Mengantuk.

Kalau Seorang Guru Mengajar Sambil Berlakon,
Murid Belajar Dengan Tekun.

Kalau Seorang Guru Mengajar Tanpa Alat,
Murid Belajar Dengan Ralat.

Kalau Seorang Guru Mengajar Banyak Bercakap,
Ada Murid Yang Bertambah Gagap.

Kalau Seorang Guru Menjadi Pemudah Cara,
Ramai Murid Pandai Berbicara.

Kalau Seorang Guru Mengajar Tanpa Menilai,
Tidak Akan Tahu Murid Yang Bodoh Atau Pandai.

Kalau Seorang Guru Berbudi Bahasa,
Dikenang Murid Sepanjang Masa.

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C


Pengenalan
Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.
Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.

Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:
1. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
- Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.
- Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran berdasarkan petikan yang diberi.
- Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

2. Mencatat nilai murni atau pengajaran
- Baca dan fahami kandungan petikan.
- Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam petikan.
- Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai murni / pengajaran.
- Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini sekitar lima minit.

3. Menulis ayat lengkap
- Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.
- Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.
- Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
- Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.

4. Menyemak
- Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.
- Semak juga aspek tatabahasanya.
- Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.

Panduan Menjawab Bahagian C

- Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti
- Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni, amalan baik, faedah atau pengajaran.
- Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang terdapat dalam petikan.
- Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.
- Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.

Contoh Soalan dan jawapan:
Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti.
Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

LANGKAH 2:
Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan baik, nilai murni , faedah atau pengajaran.

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya dari beg. Kakaknya berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”(berdikari) Liza merupakan anak yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong) mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental) Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama) dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

LANGKAH 3:
Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat yang terdapat di dalam petikan.

- Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg (kerajinan)
- Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari)
- Suka menolong ibu. membantu ayahnya mencuci kereta (tolong- menolong)
- Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal)
- Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin)
- Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama)

LANGKAH 4:
Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan.

            Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong ahli keluarganya patut kita contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak kerja rumah yang telah dilakukannya tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka pada keadaan yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Dia mengemas bilik tidurnya dengan rapi apabila bangun dari tidur. Rambutnya diikat kemas dan kukunya yang dipotong rapi menunjukkan dia seorang yang berdisiplin. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya bekerjasama membersihkan rumah. Rumah mereka yang sentiasa bersih dan ceria membuatkan jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga.


LATIHAN RUMUSAN NILAI MURNI UPSR (LATIHAN 2)


Tulis empat nilai atau pengajaran yang kamu perolehi di dalam petikan di bawah.
Isikan pada ruangan yang disediakan. Salin semula dalam satu perenggan.

                Arman dan Bala berehat di tepi tasik. Setiap hujung minggu mereka akan berjoging di kawasan tasik tersebut. Ketika sedang berehat, mereka ternampak sebuah dompet. Arman mengambil dompet itu. Dia membuka dompet itu. Dia mahu melihat siapa pemiliknya. Bala melihat kad pengenalan dan ternampak kad nama. Nama pada kedua-dua kad itu sama, iaitu Ng Wai Kuan. Mereka menghubungi Ng Wai Kuan. Tidak lama kemudian, Ng Wai Kuan sampai di tasik itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada Arman dan Bala. Arman dan Bala gembira kerana dapat membantu orang yang dilanda kesusahan.
 




LATIHAN RUMUSAN NILAI MURNI UPSR (LATIHAN 1)


Tulis empat nilai atau pengajaran yang kamu perolehi di dalam petikan di bawah.
Isikan pada ruangan yang disediakan. Salin semula dalam satu perenggan.
             

           Latihan bola sepak sudah tamat. Dinesh pulang ke rumah. Dia mengayuh basikalnya dengan berhati-hati. Tiba-tiba dia terdengar suara kucing mengiau. Dia memberhentikan basikalnya. Dia mencari-cari arah suara itu. Akhirnya, dia ternampak seekor kucing itu. Kaki kucing itu luka. Dinesh meletakkan kucing itu di dalam bakul basikalnya. Dia membawa kucing itu pulang. Dia merawat luka kucing itu. Dia memberinya makan dan minum susu.
 






17 NILAI MURNI


Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:
            NILAI
CONTOH
1)Baik hati
1.    Belas kasihan
2.    Bertimbang rasa
3.    Murah hati
4.    Saling memahami
5.    Sedia memaafkan
2) Berdikari

1.    Bertanggungjawab
2.    Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain
3.    Jaya diri
4.    Yakin kepada diri sendiri
3) Berhemah tinggi
1.    Kesopanan
2.    Mengaku kesalahan sendiri
3.    Ramah mesra
4) Hormat-menghormati
1.    Hormat kepada ibu bapa
2.    Hormat kepada orang yang lebih tua
3.    Taat kepada raja dan Negara
4.    Hormat kepadda hak asasi
5.    Hormat kepada undang-undang
6.    Menghargai maruah diri
5) Kasih sayang

1.    Sayang kepada nyawa
2.    Sayang kepada alam sekeliling
3.    Cinta kepada Negara
4.    Cinta kepada keamanan dan keharmonian
6) Keadilan
1.    Bertindak adil
2.    Sentiasa saksama
7) Kebebasan


1.    Kebebasan di sisi undang-undang
2.    Kebebasan dalam sistem demokrasi
8) Keberanian
1.    Berani dengan tidak membuta tuli
2.    Berani kerana benar
3.    Berani mempertahankan kebenaran
4.    Berani bertanggungjawab
9) Kebersihan fizikal dan mental
1.    Kebersihan diri
2.    Kebersihan persekitaran
3.    Pertuturan dan kelakuan yang sopan
10) Kejujuran

1.    Bersifat amanah
2.    Bercakap benar
3.    Sentiasa ikhlas
11) Kerajinan

1.    Cekal
2.    Daya usaha
3.    Dedikasi
4.    Gigih
5.    Tekun
12) Kerjasama

1.    Persaudaraan
2.    Tanggungjawab bersama
3.    Gotong-royong
4.    Toleransi
5.    Kebaikan bersama
6.    Perpaduan
13) Kesederhanaan

1.    Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain
2.    Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku
14) Kesyukuran

1.    Berterima kasih
2.    Mengenang budi
3.    Menghargai
15) Rasional
1.    Boleh membuat pertimbangan
2.    Boleh membuat penaakulan
3.    Berfikiran logik dan terbuka
16) Semangat bermasyarakat
1.    Bermuafakat
2.    Kejiranan
3.    Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat
17)Semangat kewarganegaraan
1.    Berbangga menjadi rakyat Malaysia
2.    Bersemangat patriotik
3.    Berusaha dan produktif